Tuesday, October 20, 2015
Tatkala terimbau kisah lalu, berderai air mata ini jatuh ke pipi.
SubhanaAllah, lalu aku tersedar bahawa terlalu banyak kemudahan, kesenangan, pertolongan dan serba serbi yang telah Allah berikan pada aku.
Sehinggakan aku alpa dan lupa akan kisah lalu dan siapa aku dulu.
Terlalu banyak Allah limpahkan kasihNya pada setiap hambaNya.
Ya Allah,
jika ditanya siapa aku yang dulu,
Allahurobbi,
malu untuk dijawab.
Aku jauh dariMu,
Aku jauh dari insani,
Aku terlalu mengikut telunjuk aku sendiri.
Ya Allah,
Kau kekalkanlah iman , kekuatan, ketabahan dan keteguhan yang Kau telah berikan ini,
Kau peganglah hati ini,
Kau pimpinlah perjalanan ini,
Janganlah Kau tarik petunjuk yang telah Kau berikan ini,
Janganlah Kau tarik secebis iman ini,
Sungguh aku perlukannya.
Semoga Allah merahmati kehidupan ku, keluarga dan saudara seislamku.
Aaminn :')
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment