Pada suatu hari para pemimpin Quraisy telah berkumpul untuk membincangkan kejayaan Muhammad SAW dalam usahanya mengembangkan Islam. Pengikut baginda semakin ramai, padahal mereka sedaya upaya mungkin untuk melemahkannya dengan pelbagai cara.
Seksaan telah banyak dilakukan kepada para pengikut baginda, bahkan usaha pembunuhan terhadap Nabi Muhammad juga berkali-kali dilakukan, namun hal itu sedikit pown tidak melemahkan perjuangan baginda. Malah, perkara ini tlah mmbuatkan baginda semakin gigih berjuang.
Disebabkan hal itu, Utbah bin Rabi'ah al-Absyami berkata kpd kwn-kwnnya : "Hai golongan Quraisy, mengapa di antara kamu tdk ada yg dtg menemui Muhammad dan menawarkan sesuatu yg indah kpdnya?"
Lalu golongan itu membalas, "Hai Utbah!Pergilah kau menemui Muhammad.Katakan apa yg kamu sebutkan tadi, pasti kita semua akan memenuhi apa jua permintaannya."
Lalu Utbah pergi menemui Rasullah yg kebetulan ingin bersolatdi dlm masjid. "Hai Muhammad anak saudaraku, kamu sendiri tahu bahawa dirimu adalah keturunan org mulai di antara kita. Tetapi kini kamu tlh membawa ajaran yg menyimpang drpd ajaran nenek moyangmu. Bahkan kamu mencemuh dan mghina tuhan-tuhan kami dan agama kami. Oleh itu,kami ingin memberi tawaran asalkan kamu mghentikan usaha menyebarkan Islam," kata Utbah. "Katakanlah Utbah, aku akan mendengarkannya,"jawab Rasulullah.
"Wahai anak saudaraku, jika kamu ingin harta yg byk, pasti aku akan kumpulkan untukmu sehingga kamu menjadi org terkaya di antara kami. Jika kamu mahu kedudukan yg tinggi, kami akan lantik kamu sebagai pemimpin kami. Begitu juga jika kamu hendaklah sebuah kerajaan, kami akan menjadikanmu sebagai raja kami,"jelas Utbah.
"Wahai Utbah, dengarkan apa yg aku baca ini,"kata Rasulullah.Lalu baginda membacakan surah Fussilat yg di dlmnya berisi keimanan, sikap org musyrik, kejadian langit, dan bumi yg mana semua itu membuktikan adanya Allah.
Utbah terpesona mendengar bacaan Rasulullah. Dirasakannya itulah kali pertama dia mendengar bacaan yg begitu menabjubkan,bukan syair, bukan mantera atau syair.


No comments:
Post a Comment